Short Story

Saya memerlukan bantuan bagi memenuhi keperluan harian isteri dan anak saya , pendapatan saya terjejas semenjak isteri sakit

Mersing, Johor, Malaysia

BANTU KOS KEPERLUAN SEHARIAN KAMI

RM70.00 Pledged
2 Backers
0 Days Left
Raised:
7.00%
Goal: RM1,000.00
Minimum amount is RM1000 Maximum amount is RM
RM
Creator
1 Campaigns | 0 Loved campaigns

Story

Mohon sedikit bantuan hamba2 Allah di sini jika ada yang sudi berkongsi sedikit rezeki untuk saya dalam menanggung kos keperluan harian keluarga kecil saya

Selain dari bebanan kos keperluan makanan harian dan bil api air setiap bulan , Saya juga perlu menanggung seorang anak OKU autism , 8tahun dan masih berkeperluan susu sepenuhnya , manakala anak kedua saya baru berusia 7bulan juga masih berkeperluan susu dan lampin pakai buang sepenuhnya 

Saya turut perlu menanggung kos ulang alik yang memakan masa 4jam perjalanan untuk membawa isteri saya bagi mendapatkan rawatan dari pakar psikiatri

Saya hilang pendapatan dan terpaksa mengambil alih tugas isteri dalam menguruskan hal2 rumahtangga . Isteri saya menghidap penyakit depressive disorder sejak setahun lalu yang menyebabkan dia tidak boleh meneruskan kehidupan dalam keadaan normal sehingga kini dan perlu mendapatkan pemerhatian dan penjagaan penuh dari saya .

Sehingga kini saya bergantung dengan bantuan jkm sebanyak Rm350 sebulan namun masih tidak mencukupi dalam menampung perbelanjaan seharian

Saya berharap ada kesudian dan keprihatinan dari pihak tuan/puan dalqm membantu keluarga saya , semoga Allah bukakan jalan rezeki yang luas atas jasa baik tuan/puan

Terima kasih dari pihak saya sekeluarga bagi tuan/puan yang membantu kami

 

Name Donate Amount Date
Anonymous RM50.00 August 19, 2021 5:23 am
Anonymous RM20.00 August 11, 2021 9:06 am

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “BANTU KOS KEPERLUAN SEHARIAN KAMI”

Your email address will not be published. Required fields are marked *