Short Story

Memohon bantuan untuk pembelanjaan keperluan harian bagi kami sekeluarga. Diharapkan ada pihak yang dapat membantu untuk kami meneruskan kelangsungan hidup. Ucapan ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu bagi bantuan yang dihulurkan.

Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Malaysia

Bantuan Keluarga Athirah Shamira

RM0.00 Pledged
0 Backers
19 Days Left
Raised:
0%
Goal: RM2,000.00
Minimum amount is RM5 Maximum amount is RM
RM
1 Campaigns | 0 Loved campaigns

Story

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya, Nur Athira Shamira ingin memohon bantuan untuk keluarga kami. Buat masa ini, saya sedang menjaga ibu yang sedang sakit asma kronik dan juga penyakit tekanan darah tinggi yang memerlukan kami berulang alik ke hospital. Kini, saya sedang dalam pantang dan bayi saya mempunyai masalah G6PD iaitu darah putih yang berlebihan dalam badan. Bayi saya sangat memerlukan susu formula untuk bayi baru lahir bagi membantu menurunkan kadar kuningnya. Kadar kuning bayi saya boleh mencecah dua kali ganda daripada kuning pada bayi yang lain. Kami juga memerlukan dana bantuan untuk berulang alik ke hospital bagi rutin pemeriksaan bayi dan ibu saya. Saya masih belum boleh bekerja kerana tiada sesiapa yang dapat menjaga anak-anak kami. Suami saya telah diberhentikan kerja. Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencari kerja, namun masih tiada khabar berita daripada mana-mana syarikat. Kami amat memerlukan bantuan daripada tuan-tuan dan puan-puan demi kelangsungan hidup keluarga kami. 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bantuan Keluarga Athirah Shamira”

Your email address will not be published. Required fields are marked *