Short Story

Naskah Yasin senang baca warga emas merupakan initiatif pertama kami dan diterbitkan oleh Nadi Minda Resources, salah sebuah penerbit buku-buku ugama yang popular di Malaysia. Program Infaq Kitab Yasin Senang Baca ini merupakan usaha kerjasama antara kami dan Nadi Minda Resources.

Bangsar, Malaysia

Program Infaq Kitab Yasin Senang Baca

RM0.00 Pledged
0 Backers
0 Days Left

Your campaign has ended successfully!

Raised:
0%
Goal: RM10,000.00

The campaign has ended.

1 Campaigns | 0 Loved campaigns

Story

1.0 Kenapa Surah ini menjadi pilihan kami. Antaranya kerana, Surah Yasin (سورة يس) adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Aj-Jin. Dinamakan Yasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya – sin. Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.

2.0 TUJUAN YASIN BERHURUF BESAR DITERBITKAN
Masyarakat kita kerap kali membaca Yasin dan tahlil beramai-ramai setiap malam Jumaat di surau dan masjid atau pada bila-bila masa yang bersesuaian. Di samping itu, membaca surah Yasin pada malam Jumaat menjadi tradisi kepada masyarakat. Tujuan Yasin berhuruf besar diterbitkan khas kepada golongan tua yang mempunyai masalah rabun mata samada rabun dekat ataupun rabun jauh. Menurut Prof Muhaya Mohamad (Utusan Melayu (M) Bhd), selalunya mereka akan membaca buku pada jarak dekat kerana penglihatan kurang jelas dan kabur. Sesetengah pakar lain pula mengatakan, kerana rabun jauhlah seseorang itu membaca pada jarak dekat. Dengan itu, ayat-ayat surah Yasin berhuruf besar ini diterbitkan bagi memudahkan warga emas membaca dengan jelas dari jarak dekat dan jauh.

3.0: OBJEKTIF
3.1 Menarik minat golongan warga emas untuk terus membaca sepanjang hayat.
3.2 Memberi penglihatan yang jelas kepada warga emas ketika membaca.
3.3 Memberi keselesaan dan kemudahan didalam pembacaan.
3.4 Meneruskan keinginan untuk terus membaca sehingga keakhir hayat.
3.5 Merupakan terapi minda yang terbaik untuk golongan warga emas.

4.0: KEPENTINGAN SURAH YASIN
Antara kelebihan & kepentingan surah Yasin boleh disenaraikan seperti berikut:
4.1 Pahala Yang Berlipat ganda Bagi Orang Yang Membacanya.
4.2 Dipermudahkan Semua Urusan Kepada Pembacanya.
4.3 Pengampunan Dosa Kepada Yang Membacanya.

5.0: KEBERKATAN SURAH YASSIN
Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.“ Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:
1. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
2. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
3. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
4. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
5. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
6. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Program Infaq Kitab Yasin Senang Baca”

Your email address will not be published. Required fields are marked *