Short Story

Memohon bantuan untuk menyambung bekalan elektrik dan air di rumah kami. Untuk makluman, rumah kami sekarang adalah rumah sementara yang dibina oleh NGO akibat banjir pada tahun 2014. Semoga tuan-tuan dan puan-puan dapat membantu keluarga kami bagi urusan ini. Terima kasih.

Kelantan, Malaysia

Bantuan Penyambungan Sumber Elektrik dan Air Puan Aminah Derahman

RM0.00 Pledged
0 Backers
8 Days Left
Raised:
0%
Goal: RM3,000.00
Minimum amount is RM5 Maximum amount is RM
RM
1 Campaigns | 0 Loved campaigns

Story

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan-tuan dan puan-puan. Saya, Aminah Derahman ingin memohon bantuan bagi keluarga saya. Bagi makluman tuan-tuan dan puan-puan, kami sekarang menetap di rumah yang diperbuat daripada papan lapis (plywood) yang bersambung dengan dapur lama rumah ibu mertua saya. Rumah kami ini dibina oleh pihak NGO pada tahun 2014 (selepas banjir), tanpa bekalan elektrik dan air, kerana dimaklumkan oleh pihak NGO tersebut bahawa ini adalah rumah sementara sebelum mendapatkan rumah kekal. Tetapi sehingga kini, tiada apa-apa tindakan daripada pihak NGO terbabit. Buat masa ini, kami menggunakan bekalan air dan elektrik yang disambungkan daripada rumah ibu mertua. Disebabkan hal ini, kami risau tentang keselamatan, contohnya jika berlaku litar pintas kerana sebelum ini pernah terjadi plug utama yang disambungkan ke rumah ibu mertua mencair disebabkan oleh arus eletrik yang ditarik terlalu besar ke rumah kami. Jadi di sini, kami sangat-sangat memohon bantuan kewangan daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan untuk membantu kami dalam kelangsungan hidup.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bantuan Penyambungan Sumber Elektrik dan Air Puan Aminah Derahman”

Your email address will not be published. Required fields are marked *