Pulau Pinang, Malaysia

Bantuan Kos Sara Hidup & Perubatan En. Yogeswaran

RM10.00 Pledged
1 Backers
68 Days Left
Raised:
0.33%
Goal: RM3,000.00
Minimum amount is RM1 Maximum amount is RM
RM
1 Campaigns | 0 Loved campaigns

Story

Hari yang paling menyedihkan dalam hidup saya apabila saya disahkan menghidap Chronic Limb Ischemia dan menyebabkan tangan kiri saya dipotong. Buat pengetahuan semua, penyakit ini menyekat aliran darah ke tangan, kaki dan juga tapak kaki.

Kini saya menjadi seorang OKU Fizikal penyakit kronik. Saya menghadapi situasi yang sangat sukar dengan beban kos sara hidup harian yang tinggi pada masa kini serta kos perubatan susulan yang saya perlu hadiri kerana saya hanya menggunakan pengangkutan awam setiap kali ke hospital untuk temujanji pakar kesihatan. Saya tidak dapat bekerja akibat masalah kesihatan berikutan kehilangan tangan kiri. Hal ini menyebabkan saya hilang punca pendapatan disebabkan masalah kesihatan ini.

Hasil sumbangan ini adalah untuk pembayaran sewa rumah serta kos sara hidup harian yang perlu ditanggung oleh saya sepenuhnya kerana saya masih bujang dan tiada sebarang bantuan diterima daripada pihak JKM serta mana-mana agensi berkaitan. Pakar kesihatan juga menyarankan saya untuk memakai tangan palsu untuk Kembali kepada kehidupan biasa seperti orang lain. Ini memudahkan untuk saya mendapat pekerjaan yang bersesuaian untuk menjana pendapatan tetap. Oleh itu saya merayu kepada orang ramai untuk membantu saya menampung perbelanjaan serta kos perubatan susulan daripada anda semua.

Name Donate Amount Date
Anonymous RM10.00 November 14, 2022 7:55 AM

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bantuan Kos Sara Hidup & Perubatan En. Yogeswaran”

Your email address will not be published. Required fields are marked *